29 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEPULUH


GALERI PUSAKA

Saya disuruh Cikgu saya untuk membaca buku teks berkenaan tentang Galeri Pusaka. Artikel itu mengenai sekumpulan orang yang mengunjungi Galeri Pusaka di Singapura untuk mengenal budaya nenek moyangnya. Dia bertemu seorang kurator yang lalu menjelaskan setiap benda-benda pusaka terdapat disana. Salah satunya ialah Pakaian yang dipakai oleh Cik Siti Wan Kembang yang menjabat sebagai raja perempuan di negeri Kelantan pada kurun ke-17. Kain ini dibuat daripada tenunan songket yang mempunyai tiga helai kain. Kain pertama diikat di dada, yang kedua diikat di pinggang dan yang terakhir di atas bahu.




Cik Siti was Kembang juga memakai perhiasan seperti dokoh, gelang, pending dan keris yang untuk membuatnya terlihat menawan. Sanggul juga dipakai untuk merapikan penampilan rambut.

Sang Kurator beralih ke baju Kebaya. Dia berkata bahawa baju Kebaya dipakai oleh kaum wanita Melayu maupuin Cina Peranakan Baba. Bajunya disulam dengan bunga yang berwarna-warni. Potongannya pendek dan panjang. Ia dibelah di bahagian hadapan baju dan di hujung lengan. Baju Kebaya labuh dipakai dengan sarung yang siikat di pinggang dan dibuat oleh tenunan Songket.

Kerongsang emas disemat sebagai kancing.

Betapa indahnya jika saya bayangkan. Budaya Melayu sangatlah kaya. Setelah saya membaca artikel ini, saya lebih menghargai budaya Melayu. Terus lestarikan budaya Melayu!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan