17 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEEMPAT



CONGKAK

Peraturan dan permainan congkak

1. Buah-buah congkak akan dimasukan ke dalam lubang-lubang congkak. Jumlah buah congkak di setiap lubang sama.

2. Pemain akan duduk berhadapan.


3. Permainan akan dimulai secara serentak daripada kedua pemain. Setiap pemain akan mengambil semua buah congkak di dalam satu lubang dan menaruh satu buah congkak di setiap lubang yang dia lewati menurut arah pusingan jam.














4. Gerakan itu diteruskan sehingga salah satu pemain menaruh buah congkak terakhir di lubang kosong lawan atau sendiri. Pemain itu dianggap mati dan tidak bisa jalan sehingga lawan melakukan hal yang sama.

5. Sekiranya buah congkak terakhir jatuh di lubang lawan atau sendiri yang penuh dengan congkak, pemain boleh mengambil congkak-congkak itu dan melanjutkan gerakannya.

6. Sekiranya, buah congkak tidak terdapat lagi di lubang pemain biarpun giliran berada di pihak pemain, giliran tersebut akan dilemparkan kepada lawan.

7. Permainan akan tamat jika semua buah congkak sudah dimasukkan ke dalam rumah masing-masing. Pemenang ialah yang mempunyai buah congkak terbanyak di rumahnya.



Sekian peraturan-peraturan permainan Congkak...... Saya harap berguna..... Bertemu lagi di entri berikutnya........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan