02 Ogos 2009

Singapura ohhh Singapura
teringatlah aku pada tanggal sejarahmu
apabila melihat bendera bulan dan bintang

Jutaan rakyat yang bersatu padu
menjadi kunci kejayaan
untuk terlepas dari segala jajahan

Singapura
pulau kecil yang tiada duanya di mata dunia,
pulau kecil yang menjunjung tinggi nasionalisme kebangsaan.
Singapuraku
Biarpun terdapat berbagai suku bangsa
kemakmuran tetap dapat tercipta
kerana rakyatnya yang cinta kedamaian
apabila mereka merdeka.